Memaparkan catatan dengan label Windows Vista. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Windows Vista. Papar semua catatan

Isnin, Januari 17, 2011

Pendrive kehilangan File/Folder

Jika pendrive anda kehilangan file/folder dan digantikan dengan shortcut, itu merupakan kerja spyware/malware.

Semua atau kebanyakan attribut file/folder telah disetkan sebagai Super Hidden yang menyebabkan anda tidak dapat menghilangkan status Hidden secara biasa.

Di sini saya huraikan kaedah untuk mendapatkan kembali file/folder anda.

Tool/Utility diperlukan:

1. Sebarang Perisian Anti-Virus
2. Attribute Changer (ac.exe)

Langkah-Langkah

1. Imbas Pendrive anda

Isnin, Oktober 01, 2007

Lexmark X2250 3-in-1 Printer dan Microsoft Windows Vista

Pencetak Lexmark 3 dalam 1 Model x2250 belum lagi mempunyai perisian pemacu yang serasi dengan Windows Vista sepenuhnya (Ini menyebabkan pengguna kehilangan fungsi aplikasi 3 dalam 1 seperti yang terdapat dalam versi Windows XP. Dalam Windows Vista, pengguna hanya dapat menggunakan fungsi-fungsi secara berasingan.

Untuk mendapatkan perisian pemacu Lexmarx x2250 bagi kegunaan Windows Vista, sila dapatkan di sini.

File Name:
cjr2200NO.exe
Version:
1.0.4.3
Released On:
01-MAY-07
File Size:
25147 KB
Products:
Lexmark 2200 Series, Lexmark X2230, Lexmark X2240, Lexmark X2250
Languages:
Norwegian
Operating Systems:
Windows Vista
Application:
n/a
Owner Name:
Lexmark
Data Stream:
Lexmark Host Based Solution
Security:
Public


Pengimbas
....

Selasa, September 25, 2007

Ganguan Virus Melalui Autorun.inf

Semalam ada seorang rakan datang ke rumah saya dengan muka tak berapa ceria kerana takleh print gambar-gambar tapak projek binaan dalam pendrivenya. Dia kata pendrive beliau tidak boleh nak dibuka (browse). Ceritanya pendrive tu telah digunakan di PC kat pejabat pihak berkenaan dengan projek dia tu, PC tu ada virus la pulak.

So, baliklah beliau ke rumahnya terus perisian antivirusnya 'menangkap dan membunuh' fail-fail virus/trojan tersebut itu. Belaiu pun cubalah browse pendrive tersebut. Tapi timbullah beberapa ralat fail tak dijumpai, dan pendrive masih tak boleh diakses. Jadi, saya pasti bahawa hal ini berlaku kerana perisian anti virus tidak memadam fail autorun.inf yang mana digunakan oleh virus/trojan untuk merebak.


Cara Memadam Autorun.inf.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh lakukan begini,

Cara Pertama

  1. mula-mula buka My Computer
  2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
  3. kemudian klik pada tab View dan
    • Pilih Show hidden files and folders
    • Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
    • Klik Ok
  4. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
  5. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete
Itu saja. Tanggalkan pendrive anda dan pasang kembali. Walaaa.. dah okey.

Cara Kedua

Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini,

  1. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run...
    1. Klik START , Run...
    2. Isikan CMD dan tekan ENTER
  2. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
    1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu anda.
    2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
    3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
    4. Taip exit dan ENTER
  3. Tanggalkan pendrive anda seketika kemudian pasangkan kembali.

Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive anda, cuma anda kena restart komputer anda untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.

Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada
  • Folder options
  • Task Manager
  • Regedit
  • Command Line (CMD, Command.com)
Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.
Related to: Windows 95/98/ME/XP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...