Selasa, Ogos 11, 2009

Utiliti Pilihan Saya

Salam semua, lama dah (hampir setahun) tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog ini. Hari ini tergerak untuk mencatat sedikit mengenai program atau aplikasi utiliti yang saya gunakan.

  1. Defragmentation

    Setelah agak lama menggunakannya, saya berpuashati dengan hasilnya, jadi ingin berkongsi dengan anda semua. Utiliti tersebut ialah JkDefrag. JkDefrag telah ditulis oleh Jeroen Kessels. Ia dikeluarkan di bawah lesen GNU, yang mana memberikan kita kebebasan untuk menggunakan dengan percuma. JkDefrag dikeluarkan sehingga versi 3.36 dan kemudian ditukarkan kepada MyDefrag bermula versi 4.0

    Untuk maklumat lanjut sila lawati http://kessels.bz/jkdefrag
  2. Virus dan Spyware

    Jika OS anda telah dijangkiti virus dan spyware dan sukar diubati, cuba gunakan ComboFix, sila gunakan dengan berhati-hati. Baca arahan daripada ComboFix dengan betul.

    Sila lawat http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

Selamat mencuba

Selasa, November 04, 2008

Hacking IBM ThinkPad R40 Supervisor Password

PERINGATAN:
SEGALA KERUGIAN SAMA ADA DARI SEGI HARTA BENDA, NYAWA DAN SEBAGAINYA KESAN DARIPADA PENGGUNAAN MAKLUMAT DALAM BLOG INI TIDAK DITANGGUNG OLEH PENULIS. AMBIL LANGKAH BERHATI-HATI DAN CERMAT. PIHAK PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA THINKPAD ANDA MELETUP, MENCAIR ATAU SEBAGAINYA.

IBM / Lenovo ThinkPad guna cara yang canggih berbanding dengan lain-lain pembuat notebook yang mana password disimpan di dalam CMOS yang boleh dihapuskan dengan cara mengeluarkan backup battery atau dengan cara mengubah kedudukan jumper sahaja atau short beberapa pin. ThinkPad (TP) menyimpan password dalam EEPROM ATMEL yang tidak boleh dihapuskan dengan cara begitu.

Dalam TP R40, ATMEL 24RF08CN digunakan. Anda perlukan reader untuk membaca data dalam EEPROM ini. Peralatan (hardware and software) untuk membaca data.


  1. EEPROM Reader (homebrew)
    Keperluan:
    1. D-Sub 9pin COM header,
    2. 2 unit 5.1v Zener Diod
    3. 2 unit 2.2 Kilo Ohm Resistor
  2. Software
    Dapatkan reader software dari http://www.allservice.ro/ iaitu r24rf08_setup.zip dan setup_ibmpass21.zip

    http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=61 – r24rf08 - Reader http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=56 – IBMpass 2.1 Lite
Bina EEPROM Reader
Litar untuk anda bina adalah seperti di bawah ni.
Rajah 1: Lukisan Litar Pembaca EEPROM ATMEL 24RF08

Jumaat, Oktober 24, 2008

bad_pool_caller

Assalamualaikum.. wbt.

Kelmarin, terima satu notebook HP Compaq Presario V3700 dari seorang pelanggan dengan masalah bad_pool_caller semasa boot up windows (BSOD Error). Jadi hari ni, sedang berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.



Idea masalah yang wujud.

  1. Masalah virus
    Nampak macam wujud trace semasa boot up guna UBCD (Ultimate Boot CD) For Windows.
  2. Masalah Driver
    Cuba menyemak masalah driver tapi masih tidak ditemui.
  3. Masalah Memori
    Telah jalankan Memtest86 dan Windows Memory Diagnostic, tetapi tidak terdapat sebarang masalah pada memory.
  4. Masalah fail sistem yang korup.
    Belum test lagi.

Isnin, Oktober 13, 2008

Ricoh Caplio RR211 Digital Camera Driver


Dah lama saya memiliki kamera Ricoh Caplio RR211 ni. Kualiti gambarnya agak baik pada kadar resolusi 2Meg. Ia jug boleh menjadi webcam.

Spesifikasi Penuh sila lawat: http://www.ricoh.com/r_dc/caplio/rr211/

Namun ia sedikit mengecewakan kerana saya sukar mendapatkan driver daripada website Ricoh, jadi setalah berjaya memiliki driver tersebut, saya pun upload ke DriverGuide.Com. Untuk mendapatkan driver ini sila klik Ricoh Caplio RR 211 Driver

Kebersihan Registry

Keadaan registry yang sihat penting untuk prestasi komputer anda. Saya gunakan CCleaner (percuma) untuk menjamin kebersihan registry komputer saya.

download di sini http://www.filehippo.com/download_ccleaner/

Jumaat, Oktober 10, 2008

Dengar Azan Masuk Waktu Solat

Dengar Azan setiap kali masuk waktu solat di kawasan anda. Program Athan dari IslamicFinder.org ini mempunyai pengkalan data yang besar meliputi hampir semua lokasi di muka bumi ini.

Spesifikasi:
1. Waktu solat lebih daripada 6 juta bandar.
2. Memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat dengan tepat.
3. Arah kiblat.
4. Kalendar Hijrah dan lain-lain.

Versi penuh mempunyai ciri2 yang lebih baik. untuk maklumat lanjut klik link di bawah:

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php

Khamis, September 25, 2008

Hos Web Terbaik Malaysia!

[see English Version]

IPSERVERONE merupakan sebuah syarikat pembekal tapak web (web hosting) dengan memberikan tiga pilihan utama iaitu :




IPSERVERONE beroperasi di Malaysia iaitu di 568, Lot 2-6, Complex Mutiara, 3 1/2 Miles, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur.

Namun, dalam post ini, penulis hanya akan menyentuh mengenai web hosting sahaja. Seperti juga mana-mana syarikat web hoster lain, IPSERVERONE menawarkan platform OS Linux dan Windows dan satu lagi platform yang jarang ditawarkan iaitu platform JAVA sepenuhnya.

Dengan harga serendah RM99, pengguna sudah boleh mendapatkan satu tapak web dengan kapasiti 3GB (RM299/tahun, 100GB bagi platform JAVA).

Setiap pakej menyediakan kemudahan akses kapada server side scripting iaitu ASP adan ASP.NET bagi platform Windows dan PHP bagi platform Linux. Server Side Scripting ini membolehkan pengguna menyediakan laman web yang interaktif dan dinamik dengan disokong oleh pangkalan data yang disediakan bersama pakej iaitu Microsoft SQL bagi platform Windows dan MySQL bagi platform Linux.

Bagi platform JAVA, IPSERVERONE menyediakan capaian kepada aplikasi pelayan seperti pada platform Linux, cuma ditambah dengan sokongan Tomcat Java. Platform ini disediakan bagi pengguna yang memerlukan kebolehpercayaan yang maksimum dan sokongan yang kuat daripada syarikat pada kadar yang mampu ditanggung oleh pengguna.


My Rating
Value For Money: 5/5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...