Rabu, Mei 26, 2010

Masalah pasang SATA HDD pada ECS P4M800-M7 Motherboard

Salam.

Seorang pelanggan saya telah datang membawa satu PC dan satu unit HDD SATA WD 500gb. Masalah yang diceritakan adalah HDD tersebut tidak dapat dikesan oleh Windows XP. Jadi, macam biasa kita akan pastikan BIOS telah mengenali HDD tersebut. Yup, tiada dalam BIOS!.

Pengeluar Motherboard: EliteGroup (ECS)
Model: P4M800-M7 Ver 3.1

Langkah dibuat:

  1. Upgrade BIOS
    Download Latest BIOS file from here

  2. Setting HDD jumper to limit to 150mb transfer rate
    Read this document on how to set the jumper
* Berhati2 flash bios anda - "you may brick your box"

Selasa, Ogos 11, 2009

Utiliti Pilihan Saya

Salam semua, lama dah (hampir setahun) tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog ini. Hari ini tergerak untuk mencatat sedikit mengenai program atau aplikasi utiliti yang saya gunakan.

  1. Defragmentation

    Setelah agak lama menggunakannya, saya berpuashati dengan hasilnya, jadi ingin berkongsi dengan anda semua. Utiliti tersebut ialah JkDefrag. JkDefrag telah ditulis oleh Jeroen Kessels. Ia dikeluarkan di bawah lesen GNU, yang mana memberikan kita kebebasan untuk menggunakan dengan percuma. JkDefrag dikeluarkan sehingga versi 3.36 dan kemudian ditukarkan kepada MyDefrag bermula versi 4.0

    Untuk maklumat lanjut sila lawati http://kessels.bz/jkdefrag
  2. Virus dan Spyware

    Jika OS anda telah dijangkiti virus dan spyware dan sukar diubati, cuba gunakan ComboFix, sila gunakan dengan berhati-hati. Baca arahan daripada ComboFix dengan betul.

    Sila lawat http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

Selamat mencuba

Selasa, November 04, 2008

Hacking IBM ThinkPad R40 Supervisor Password

PERINGATAN:
SEGALA KERUGIAN SAMA ADA DARI SEGI HARTA BENDA, NYAWA DAN SEBAGAINYA KESAN DARIPADA PENGGUNAAN MAKLUMAT DALAM BLOG INI TIDAK DITANGGUNG OLEH PENULIS. AMBIL LANGKAH BERHATI-HATI DAN CERMAT. PIHAK PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA THINKPAD ANDA MELETUP, MENCAIR ATAU SEBAGAINYA.

IBM / Lenovo ThinkPad guna cara yang canggih berbanding dengan lain-lain pembuat notebook yang mana password disimpan di dalam CMOS yang boleh dihapuskan dengan cara mengeluarkan backup battery atau dengan cara mengubah kedudukan jumper sahaja atau short beberapa pin. ThinkPad (TP) menyimpan password dalam EEPROM ATMEL yang tidak boleh dihapuskan dengan cara begitu.

Dalam TP R40, ATMEL 24RF08CN digunakan. Anda perlukan reader untuk membaca data dalam EEPROM ini. Peralatan (hardware and software) untuk membaca data.


  1. EEPROM Reader (homebrew)
    Keperluan:
    1. D-Sub 9pin COM header,
    2. 2 unit 5.1v Zener Diod
    3. 2 unit 2.2 Kilo Ohm Resistor
  2. Software
    Dapatkan reader software dari http://www.allservice.ro/ iaitu r24rf08_setup.zip dan setup_ibmpass21.zip

    http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=61 – r24rf08 - Reader http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=56 – IBMpass 2.1 Lite
Bina EEPROM Reader
Litar untuk anda bina adalah seperti di bawah ni.
Rajah 1: Lukisan Litar Pembaca EEPROM ATMEL 24RF08

Jumaat, Oktober 24, 2008

bad_pool_caller

Assalamualaikum.. wbt.

Kelmarin, terima satu notebook HP Compaq Presario V3700 dari seorang pelanggan dengan masalah bad_pool_caller semasa boot up windows (BSOD Error). Jadi hari ni, sedang berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.



Idea masalah yang wujud.

  1. Masalah virus
    Nampak macam wujud trace semasa boot up guna UBCD (Ultimate Boot CD) For Windows.
  2. Masalah Driver
    Cuba menyemak masalah driver tapi masih tidak ditemui.
  3. Masalah Memori
    Telah jalankan Memtest86 dan Windows Memory Diagnostic, tetapi tidak terdapat sebarang masalah pada memory.
  4. Masalah fail sistem yang korup.
    Belum test lagi.

Isnin, Oktober 13, 2008

Ricoh Caplio RR211 Digital Camera Driver


Dah lama saya memiliki kamera Ricoh Caplio RR211 ni. Kualiti gambarnya agak baik pada kadar resolusi 2Meg. Ia jug boleh menjadi webcam.

Spesifikasi Penuh sila lawat: http://www.ricoh.com/r_dc/caplio/rr211/

Namun ia sedikit mengecewakan kerana saya sukar mendapatkan driver daripada website Ricoh, jadi setalah berjaya memiliki driver tersebut, saya pun upload ke DriverGuide.Com. Untuk mendapatkan driver ini sila klik Ricoh Caplio RR 211 Driver

Kebersihan Registry

Keadaan registry yang sihat penting untuk prestasi komputer anda. Saya gunakan CCleaner (percuma) untuk menjamin kebersihan registry komputer saya.

download di sini http://www.filehippo.com/download_ccleaner/

Jumaat, Oktober 10, 2008

Dengar Azan Masuk Waktu Solat

Dengar Azan setiap kali masuk waktu solat di kawasan anda. Program Athan dari IslamicFinder.org ini mempunyai pengkalan data yang besar meliputi hampir semua lokasi di muka bumi ini.

Spesifikasi:
1. Waktu solat lebih daripada 6 juta bandar.
2. Memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat dengan tepat.
3. Arah kiblat.
4. Kalendar Hijrah dan lain-lain.

Versi penuh mempunyai ciri2 yang lebih baik. untuk maklumat lanjut klik link di bawah:

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...