Selasa, April 12, 2011

Pelayan LAMP dalam Ubuntu

(Tutorial ini diasaskan pada Ubuntu Linux 10.10)

Sejak melihat 'org rumah' bersusah payah menjual baju secara 'drop shipping' dalam Facebook, tergerak hati nak membantu (cheewah!). Jadi terlintas untuk 'setup' pelayan sesawang dalam pc linux saya ini. Setelah mencari sedikit sebanyak, terjumpa caranya untuk membuatnya.

Memasang LAMP pada Ubuntu Linux

LAMP adalah singkatan kepada Linux, Apache, MySQL dan PHP. Gabungan empat perkara ini mewujudkan pelayan sesawang yang stabil dan pantas serta PERCUMA.

Cara paling mudah untuk memasang pelayan LAMP ialah dengan menggunakan arahan tasksel dalam Terminal.

$ sudo tasksel

Sekiranya dipaparkan kepada anda menyatakan tiada arahan tersebut, Linux anda belum lagi mempunyai tasksel. Sila pasang tasksel terlebih dahulu dengan menggunakan arahan berikut;

Ahad, April 10, 2011

Belajar: menggunakan <iframe> dalam blog

Jika kita ingin memaparkan laman web lain dalam web kita atau pun blog kita, kita boleh guna fungsi <iframe>.

Contoh penggunaan kod:




Jika kita gunakan blogger, buat post baru dan klik pada "Edit HTML", tampalkan kod di atas ke dalam HTML editor blogger tersebut. 


Ad: Gaya hidup Seimbang

Pada pendapat anda, apakah itu Gaya Hidup Seimbang. Nestle ada menyediakan satu ujian profil yang anda boleh cuba untuk mengetahuinya demi meningkatkan gaya hidup anda,

Sila klik #NestleProfiler

Cara Untuk Semak Aplikasi Telah Install

(Tutorial ini berasaskan kepada Ubuntu Linux 10.10)

Untuk memdapatkan senarai aplikasi yang telah dipasang pada Ubuntu Linux anda, sila gunakan Terminal untuk menaip arahan di bawah;

$ dpkg -l

Arahan di atas akan menyenaraikan semua pakej yang telah dipasang pada sistem anda. Senarai ini agak panjang menyebabkan sukar untuk anda meneliti senarai tersebut. Anda boleh arahkan supaya senarai tersebut ditulis ke dalam fail teks. dengan cara seperti berikut:

$ dpkg -l  >senarai_pakej.txt

Cara Untuk Tukar Format JPEG kepada PDF

(Tutorial ini berasaskan kepada Ubuntu Linux 10.10)

Untuk membolehkan anda menukar format JPEG kepada PDF anda memerlukan aplikasi Image Magick. Jika anda belum pasang lagi Image Magick, jalankan arahan berikut dalam Terminal;

$ sudo apt-get install imagemagick

Setelah proses pemasangan telah selesai, jalankan arahan-arahan di bawah untuk menukarkan format JPEG kepada PDF.

Isnin, Januari 17, 2011

Pendrive kehilangan File/Folder

Jika pendrive anda kehilangan file/folder dan digantikan dengan shortcut, itu merupakan kerja spyware/malware.

Semua atau kebanyakan attribut file/folder telah disetkan sebagai Super Hidden yang menyebabkan anda tidak dapat menghilangkan status Hidden secara biasa.

Di sini saya huraikan kaedah untuk mendapatkan kembali file/folder anda.

Tool/Utility diperlukan:

1. Sebarang Perisian Anti-Virus
2. Attribute Changer (ac.exe)

Langkah-Langkah

1. Imbas Pendrive anda

Rabu, Mei 26, 2010

Masalah pasang SATA HDD pada ECS P4M800-M7 Motherboard

Salam.

Seorang pelanggan saya telah datang membawa satu PC dan satu unit HDD SATA WD 500gb. Masalah yang diceritakan adalah HDD tersebut tidak dapat dikesan oleh Windows XP. Jadi, macam biasa kita akan pastikan BIOS telah mengenali HDD tersebut. Yup, tiada dalam BIOS!.

Pengeluar Motherboard: EliteGroup (ECS)
Model: P4M800-M7 Ver 3.1

Langkah dibuat:

  1. Upgrade BIOS
    Download Latest BIOS file from here

  2. Setting HDD jumper to limit to 150mb transfer rate
    Read this document on how to set the jumper
* Berhati2 flash bios anda - "you may brick your box"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...