Ahad, September 18, 2016

Masalah Adobe Illustrator CC 2015 Tidak Boleh Buka Fail

Ai CC 2015
Aplikasi  Ai CC 2015 tidak dapat di'buka' dengan baik pada satu laptop yang diserah kepada saya. Asal buka fail atau bina fail baru dia crash. Google ada jumpa macam-macam solusi, antaranya:
  1. Tetapan apa-apa pencetak PDF sebagai lalai, saya cuba tapi tetap masalah wujud
  2. Tukar attribut fail dan folder kat dalam AppData kepada read/write daripada read only juga tidak berjaya.
  3. Padam semua preference Ai (padam folder atau tukar nama)
Laptop ini dilengkapi dengan cip pemproses Core i5, Memory 8GB DDR3, dan cip grafik nVIDIA 710m.

Saya cuba untick GPU Perfomance (Edit/Preference->GPU Performance) dan Ai dapat beroperasi dengan baik. Saya dapat buka fail sedia ada dan juga dapat bina fail baharu. Bila saya cuba tick GPU Perfomance, "Adobe Illustrator CC 2015 has stop working" datang kembali. Sebagai penyelesaian sementara, saya kekalan seting GPU Perfomance unticked. Bila muat turun selesai nanti, dan setelah device  driver untuk nVIDIA 710m siap dipasang, saya akan cuba tick balik seting tersebut.

* Saya sedang muat turun device driver untuk GPU tersebut.

Sistem:
* Windows 10 x64
* Acer Aspire V5-471PG
* Memori 8 GB

Isnin, Ogos 29, 2016

World Community Grid

Dermakan kuasa pemprosessan komputer anda untuk kesejahteraan insan.


Ahad, Oktober 04, 2015

Jenayah kepada Penyemak Ejaan (Spelling Checker)

Pernah atau tidak anda melihat apa-apa notis atau iklan seperti di bawah?


Apa yang anda nampak?


"layak mendapat INSENTIF seperti berikut:" 

Penyemak ejaan pada aplikasi pemproses kata tersebut telah ditetapkan kepada bahasa selain bahasa yang digunakan. INSENTIF tidak bergaris merah kerana secara "lalai" perkataan HURUF BESAR akan diabaikan oleh penyemak ejaan.

Jadi sebelum anda "print screen", matikan dulu penyemak ejaan, atau tukarkan bahasa kepada Bahasa Melayu.


Caranya? Takkan tak tau... google aje "


Daftar Istilah: lalai - default

Rabu, April 22, 2015

Penyediaan USB Flash untuk pemasangan Windows 7 64bit

A. Guna Linux (saya guna Ubuntu 14.04)


Buka aplikasi gparted partition editor,
(perhatian: tutorial ini akan memadamkan semua fail dama flash drive anda)


1. pilih drive USB Flash

2. Klik Device -> Create partition table pada menu bar

3. pilih gpt, kemudian klik butang apply
4. klik partition -> New pada menu bar

Sabtu, Oktober 12, 2013

Cara dapatkan kembali kerja yang belum disimpan dalam Microsoft Excel

Sekiranya anda pengguna Microsoft Office Application - Excel, terdapat satu fungsi yang boleh menyelamatkan banyak masa anda sekiranya anda tersalah menutup aplikasi tanpa menyimpan terlebih dahulu. Antara kata lain, menutup aplikasi dan terus klik pada "Don't Save".


Langkah:

Buka semula aplikasi tersebut, contohnya, Microsoft Excel 2010


1. Klik pada tab warna hijau "Home"
2. Klik pada Recent
3. Klik pada Recover Unsaved Workbooks

Isnin, November 12, 2012

Apakah itu Hacking

Perkataan 'hacking' atau penggodaman mempunyai beberapa maksud, tetapi dalam konteks ICT, ia membawa maksud memecah masuk ke sistem komputer.

Siapakah penggodam?

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

Mengapa penggodam melakukan penggodaman?

Penggodam mungkin memecah masuk ke dalam sistem disebabkan rasa ingin tahu atau untuk menguji sejauh mana keupayaan mereka dapat mengatasi sesuatu pertahanan sistem. Tetapi, kebanyakannya mereka menceroboh untuk mengakses data yang mempunyai nilai.

Sebagai contoh, jika seorang hacker memasuki komputer anda dan mencuri maklumat kewangan seperti nombor kad kredit anda, atau kata laluan untuk akaun bank anda, mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membuat pembelian.

Jika banyak maklumat tentang anda dicuri, penggodam boleh menggunakan ini untuk menyamar sebagai anda secara on-line. Mereka mungkin memohon untuk kad kredit baru, mengambil pinjaman bank, membeli kereta, dan lain-lain. Semuanya di atas nama anda. Ini dikenali sebagai kecurian identiti.

Adakah komputer boleh dilindungi dari Hacking?

Sama seperti di dunia sebenar, tidak ada cara yang terjamin untuk menghentikan seseorang menceroboh ke dalam sebuah bangunan (anda boleh membuatkan ia sangat sukar, tetapi setiap sistem keselamatan mempunyai kelemahan),Walau bagaimanapun, anda boleh membuat ia cukup sukar supaya penggodam bergerak dan beralih ke sasaran yang lebih mudah.

Anda harus:
  • Gunakan kata laluan yang kukuh untuk melindungi akaun log masuk pengguna anda
  • Jangan sekali-kali mendedahkan password login anda kepada sesiapa
  • Letakkan firewall antara komputer anda dan mana-mana rangkaian
  • Putuskan sambungan daripada rangkaian apabila anda tidak menggunakan mereka
  • Encrypt sebarang maklumat sensitif (just in case they get in)

=> cari saya di +Ketu Keteh 

Ahad, November 11, 2012

Aplikasi Tempahan Bilik Online - OpenRoom

Pengurusan sumber amat penting dalam pendidikan terutamanya dalam penggunaan makmal, pusat sumber, makmal komputer dan sebagainya.

Bagi memudahkan pengurusan tempahan bilik, pihak pengurusan boleh menggunakan sumber ICT yang ada di sekolah untuk memasang (install) applikasi web ini secara percuma.

URL: http://sourceforge.net/projects/openroom/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...