Selasa, November 04, 2008

Hacking IBM ThinkPad R40 Supervisor Password

PERINGATAN:
SEGALA KERUGIAN SAMA ADA DARI SEGI HARTA BENDA, NYAWA DAN SEBAGAINYA KESAN DARIPADA PENGGUNAAN MAKLUMAT DALAM BLOG INI TIDAK DITANGGUNG OLEH PENULIS. AMBIL LANGKAH BERHATI-HATI DAN CERMAT. PIHAK PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA THINKPAD ANDA MELETUP, MENCAIR ATAU SEBAGAINYA.

IBM / Lenovo ThinkPad guna cara yang canggih berbanding dengan lain-lain pembuat notebook yang mana password disimpan di dalam CMOS yang boleh dihapuskan dengan cara mengeluarkan backup battery atau dengan cara mengubah kedudukan jumper sahaja atau short beberapa pin. ThinkPad (TP) menyimpan password dalam EEPROM ATMEL yang tidak boleh dihapuskan dengan cara begitu.

Dalam TP R40, ATMEL 24RF08CN digunakan. Anda perlukan reader untuk membaca data dalam EEPROM ini. Peralatan (hardware and software) untuk membaca data.


  1. EEPROM Reader (homebrew)
    Keperluan:
    1. D-Sub 9pin COM header,
    2. 2 unit 5.1v Zener Diod
    3. 2 unit 2.2 Kilo Ohm Resistor
  2. Software
    Dapatkan reader software dari http://www.allservice.ro/ iaitu r24rf08_setup.zip dan setup_ibmpass21.zip

    http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=61 – r24rf08 - Reader http://www.allservice.ro/forum/viewtopic.php?t=56 – IBMpass 2.1 Lite
Bina EEPROM Reader
Litar untuk anda bina adalah seperti di bawah ni.
Rajah 1: Lukisan Litar Pembaca EEPROM ATMEL 24RF08

Jumaat, Oktober 24, 2008

bad_pool_caller

Assalamualaikum.. wbt.

Kelmarin, terima satu notebook HP Compaq Presario V3700 dari seorang pelanggan dengan masalah bad_pool_caller semasa boot up windows (BSOD Error). Jadi hari ni, sedang berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.



Idea masalah yang wujud.

  1. Masalah virus
    Nampak macam wujud trace semasa boot up guna UBCD (Ultimate Boot CD) For Windows.
  2. Masalah Driver
    Cuba menyemak masalah driver tapi masih tidak ditemui.
  3. Masalah Memori
    Telah jalankan Memtest86 dan Windows Memory Diagnostic, tetapi tidak terdapat sebarang masalah pada memory.
  4. Masalah fail sistem yang korup.
    Belum test lagi.

Isnin, Oktober 13, 2008

Ricoh Caplio RR211 Digital Camera Driver


Dah lama saya memiliki kamera Ricoh Caplio RR211 ni. Kualiti gambarnya agak baik pada kadar resolusi 2Meg. Ia jug boleh menjadi webcam.

Spesifikasi Penuh sila lawat: http://www.ricoh.com/r_dc/caplio/rr211/

Namun ia sedikit mengecewakan kerana saya sukar mendapatkan driver daripada website Ricoh, jadi setalah berjaya memiliki driver tersebut, saya pun upload ke DriverGuide.Com. Untuk mendapatkan driver ini sila klik Ricoh Caplio RR 211 Driver

Kebersihan Registry

Keadaan registry yang sihat penting untuk prestasi komputer anda. Saya gunakan CCleaner (percuma) untuk menjamin kebersihan registry komputer saya.

download di sini http://www.filehippo.com/download_ccleaner/

Jumaat, Oktober 10, 2008

Dengar Azan Masuk Waktu Solat

Dengar Azan setiap kali masuk waktu solat di kawasan anda. Program Athan dari IslamicFinder.org ini mempunyai pengkalan data yang besar meliputi hampir semua lokasi di muka bumi ini.

Spesifikasi:
1. Waktu solat lebih daripada 6 juta bandar.
2. Memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat dengan tepat.
3. Arah kiblat.
4. Kalendar Hijrah dan lain-lain.

Versi penuh mempunyai ciri2 yang lebih baik. untuk maklumat lanjut klik link di bawah:

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php

Khamis, September 25, 2008

Hos Web Terbaik Malaysia!

[see English Version]

IPSERVERONE merupakan sebuah syarikat pembekal tapak web (web hosting) dengan memberikan tiga pilihan utama iaitu :




IPSERVERONE beroperasi di Malaysia iaitu di 568, Lot 2-6, Complex Mutiara, 3 1/2 Miles, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur.

Namun, dalam post ini, penulis hanya akan menyentuh mengenai web hosting sahaja. Seperti juga mana-mana syarikat web hoster lain, IPSERVERONE menawarkan platform OS Linux dan Windows dan satu lagi platform yang jarang ditawarkan iaitu platform JAVA sepenuhnya.

Dengan harga serendah RM99, pengguna sudah boleh mendapatkan satu tapak web dengan kapasiti 3GB (RM299/tahun, 100GB bagi platform JAVA).

Setiap pakej menyediakan kemudahan akses kapada server side scripting iaitu ASP adan ASP.NET bagi platform Windows dan PHP bagi platform Linux. Server Side Scripting ini membolehkan pengguna menyediakan laman web yang interaktif dan dinamik dengan disokong oleh pangkalan data yang disediakan bersama pakej iaitu Microsoft SQL bagi platform Windows dan MySQL bagi platform Linux.

Bagi platform JAVA, IPSERVERONE menyediakan capaian kepada aplikasi pelayan seperti pada platform Linux, cuma ditambah dengan sokongan Tomcat Java. Platform ini disediakan bagi pengguna yang memerlukan kebolehpercayaan yang maksimum dan sokongan yang kuat daripada syarikat pada kadar yang mampu ditanggung oleh pengguna.


My Rating
Value For Money: 5/5


Isnin, Februari 04, 2008

Tajuk Internet Explorer bertukar menjadi "selamat_berposa_dari_umt"

Sejak saya post transkrip chatting bersama Mr Lee melalui Skype yang bertajuk PC kena attack oleh Trojan, Satu transkrip, hari ini baru berkesempatan untuk update permasalahan berkaitan dengan AutoRun.inf dan "selamat_berposa_dari_umt.js" ni. Adakah "umt" tu bermaksud Universiti Malaysia Terengganu?

AutoRun.inf seringkali mendatang masalah kepada pengguna pendrive atau flash drive yang selalu menggunakan banyak komputer di merata-rata tempat. AutoRun.inf memudahkan segalam macam trojan, malware dan sebagainya membiak atau berjangkit dari satu sistem ke satu sistem komputer. Setelah diperhatikan script ni, sebenarnya ia merupakan script Haha.js yang telah diubahsuai sedikit, sekadar rename sahaja.

Kesan "selamat_berposa_dari_umt"

Apa yang akan anda dapat lihat jika komputer anda telah di'jangkiti' oleh "selamat_berposa..." ni... iaitu;

  1. Tajuk Internet Explorer bertukar dari "Windows Internet Explorer" menjadi "selamat_berposa_dari_umt"
  2. Context menu pada drive anda akan bertambah dengan mempunyai pilihan seperti "Scan For Virus", "Scan with Norton AntiVirus", dan "Scan with AVG
  3. Manakala "Open" dan "Explore" akan diambil alih oleh script ini juga.
  4. Sekiranya anda dwi klik pada drive anda, ia agak mengambil masa sedikit lebih lama dari sepatutnya.

Kaedah Pembiakan
Script ini merebak melalui pelaksanaan Autorun.inf pada setiap drive. Setelah ia aktif, ia akan menyalin dirinya ke dalam
  1. setiap root directory semua drive sama ada removable atau fixed drive.
  2. folder Windows dan System32
Setelah ia disalin, ia akan menukar attribute kepada Archive, ReadOnly, Hidden, System. Ini menyebabkan ia tidak dapat dilihat dan dipadam dengan secara mudah.

Khamis, Januari 31, 2008

Pemgimbas Mustek 1200 UB Plus

Salam...

Petang semalam (29/01/2008), seorang rakan datang meminta bantuan untuk memasang driver scanner pada komputernya. Yang dibawanya hanyalah scanner dan komputernya sahaja tanpa CD drivernya.

Jadi terpaksalah mencari drivernya dari internet, http://www.mustek.com/ lah yang dituju. Lambat betul server Mustek tu. berjanggut tunggu nak download. Filenya ialah 1200ubplusv12.exe bersaiz 9.55 MB atau 10,022,547 bait. Apalagi dapat je file tu, terus install. Kemudian kena restart la PC ni. Semuanya nampak elok, driver masuk elok, ikon pada tray pun nampak elok, alih-alih nak guna tak dapat. Shutdown, masuk tidur.

bling.. bling... huaaahhhh

Hari ni cuba lagi... uninstall, install balik, tak jadi.. pat belas kali reinstall, alih-alih masa nak guna scanner tu keluar error file not found.. DLL file. Lalu kembalilah aku ke website mustek tu.. baca2 dan rupanya kena download lagi file lain, file tu ada kat bawah yang aku bagi namanya kat atas tu. Download lambat lagi.. ish... file kedua ni namanya up_libv13.exe bersaiz 5.49 MB (5,765,364 bait) Install, restart, try, berjaya !!!!

Problem macam ni timbul bila malas nak baca arahan, padahal mustek dah bagi warning, kalau tak install dua2nya, pasti tak jadi. Siapa salah, aku jugak. Penat ooo, pasal pc tu slow sangat,

  • Celeron PPGA 400MHz
  • PcChips Mainboard M748LRMT Built-In Sound / Video with max 8 MB Shared RAM
  • 256MB SDRAM PC133 (down to 66MHz only)
  • Windows XP Pro pulak tu.

bye.

p/s: kalau nak file tu.. post le kat komen, nanti aku upload kat 4shared.

Selasa, Januari 22, 2008

"Show hidden files and folders" Degil

[See English Version]

Trojan dan Malware semakin canggih selari dengan perubahan teknologi komputer. Untuk mengelakkan trojan atau malware itu dihapuskan dengan mudah, perekanya telah menggodam registry supaya beberapa perkara tidak dapat diakses umpama telah dinyah-aktif kan oleh pentadbir seperti yang dipaparkan di bawah.

"Registry editing has been disable by your administrator"


Hal yang biasa dinyah-aktif adalah Command Prompt (CMD), Task Manager, Folder Options dan Registry Editor. Untuk mengaktifkan kembali, muatturun fail ini, repair4karo.inf. Kemudian right click pada fail tersebut dan klik install. Sebaiknya anda restart komputer anda.

Mungkin, Folder options dinyah-aktif, dan juga mungkin tidak, tetapi, option "Show hidden files and folders" tidak dapat dipilih. Kalau dicuba juga, masih tidak berjaya dan ia kembali kepada "Do not show hidden files and folders"


Untuk memastikan anda boleh setkan kepada "Show hidden files and folders", anda boleh;



  1. Format semula cakera anda.

    Setuju? Naaaah.. saya tidak setuju...

    tapi amat berkesan menghapuskan segala macam virus, trojan, spyware.. dll. TERMASUKLAH semua kerja-kerja anda.. "backup" pun boleh... virus ikut serta... alah.. boleh lah juga format.. no big deal... buat balik semuanya.. kan kan kan... saya tak suka choice ini.

  2. Lakukan ini.

    Segala setting "Hidden files and folders" ni duduk kat dalam Advanced key bawah Explorer iaitu di

    \HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced

    dan di

    \HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced,

    eksport kedua dua key ini daripada komputer Windows XP yang ok kedalam fail dan kemudian import ke dalam registry winxp anda. mudah... dah jadi....

    Ingat, masa import jangan guna right click ->Merge, atau double-click, kerana nanti maybe ada masalah registry nak locate file tu. Cara terbaik ialah dengan run dulu regedit dan drag file tu ke dalam window regedit.

    Kalau anda tidak mempunyai komputer WinXP berdekatan, bolehlah muatturun fail ini, hklm.reg dan ini, hkcu.reg

Selamat berjaya.

PC kena attack oleh Trojan, Satu transkrip

[01:51:42 PM] LEE [9W2LJT] says: sibuk ko
[01:51:47 PM] LEE [9W2LJT] says: minta bantuan
[02:01:02 PM] LEE [9W2LJT] says: help
[02:07:54 PM] ketuketeh says: ya
[02:07:56 PM] ketuketeh says: apa dia
[02:08:04 PM] ketuketeh says: sibuk jugak tapi biasa lar.. akan cuba
[02:09:17 PM] LEE [9W2LJT] says: ni, bila kawe buka ie, kat atas tu dia tulis selamat_berposa. kawe trace dlm regedit. under windows title ada benda tu, some sort script. bila delete pun datang abalik, mcm mana nak buat
[02:09:49 PM] ketuketeh says: there is samting active in your pc.. some active process
[02:10:03 PM] ketuketeh says: can you give me your process list?
[02:10:40 PM] LEE [9W2LJT] says: kat mana
[02:10:47 PM] ketuketeh says: task manager
[02:10:56 PM] ketuketeh says: some time tak keluar kat task manager...
[02:11:10 PM] LEE [9W2LJT] says: nak hantar lagu mana list tu
[02:11:20 PM] ketuketeh says: sent kat sini ler...
[02:11:51 PM] LEE [9W2LJT] says: print screen ko
[02:11:59 PM] ketuketeh says: bukan
[02:12:08 PM] LEE [9W2LJT] says: then
[02:12:36 PM] LEE [9W2LJT] says: kena worm ke virus ke ni
[02:12:46 PM] ketuketeh says: guna HiJackThis
[02:14:02 PM] LEE [9W2LJT] says: then
[02:14:16 PM] ketuketeh says: save senarai dia tu...
[02:14:33 PM] LEE [9W2LJT] sent file "hijackthis.log" to members of this chat

[02:15:08 PM] ketuketeh says: C:\WINDOWS\system32\devldr32.exe, ini untuk apa? adal dalam awak pun process
[02:15:20 PM] LEE [9W2LJT] says: apa tu
[02:15:53 PM] ketuketeh says: C:\WINDOWS\system32\conime.exe
C:\WINDOWS\system32\wscript.exe
C:\WINDOWS\system32\msiexec.exe
C:\Program Files\WinPatrol\WinPatrol.exe
[02:16:14 PM] ketuketeh says: conime.exe mungkin untuk language...
[02:16:22 PM] ketuketeh says: wcsript.exe ?
[02:16:25 PM] ketuketeh says: winpatrol?
[02:16:36 PM] LEE [9W2LJT] says: winpatrol pakai
[02:16:47 PM] LEE [9W2LJT] says: wcsript tu kat mana
[02:16:59 PM] ketuketeh says: ok.. cuba terminate wscript.exe
[02:17:04 PM] ketuketeh says: ada tu.. dalam process...
[02:17:08 PM] ketuketeh says: sbb ada dalam log ni
[02:18:33 PM] ketuketeh says: anda guna sound card cap apa? creative ke?
[02:19:01 PM] LEE [9W2LJT] says: dah buat , dia tetap set sendiri dlm regedit windows title
[02:19:43 PM] ketuketeh says: ya... bila dah terminate.. kena search dalam registery .. delete juga dia tu.. atau guna any spyware remover...do u harve one?
[02:19:59 PM] LEE [9W2LJT] says: mcm mana nak buat, rasanya kena worm ke apa
[02:20:04 PM] ketuketeh says: guna soundcard apa?
[02:20:12 PM] LEE [9W2LJT] says: nope
[02:20:20 PM] LEE [9W2LJT] says: soundcard creatibe
[02:20:23 PM] LEE [9W2LJT] says: creative
[02:20:44 PM] ketuketeh says: okay.. kalau creavtie.. delvdr32.exe adalah driver creative.. if not maybe virus
[02:20:49 PM] LEE [9W2LJT] says: sebelum ni tadak, tp bila kawe ada guna pendrive org, terus mcm tu
[02:21:18 PM] ketuketeh says: hehe... dlaam pendirve tu ada autorun.inf.. bak sini autorun.inf tu
[02:21:31 PM] LEE [9W2LJT] says: kawe search dlm registry dan delete tapi masih ada, dlm registry dia tulis file tu sbg .js
[02:21:49 PM] LEE [9W2LJT] says: pendrive tu dah hantar balik
[02:21:51 PM] ketuketeh says: oooo... hangus.. memang bermaharajalela lah...
[02:22:01 PM] ketuketeh says: js = javascript.. demo tau kan
[02:22:04 PM] ketuketeh says: ok
[02:22:35 PM] LEE [9W2LJT] says: yup. dia masuk melalui java ni l
[02:23:02 PM] ketuketeh says: download ini
[02:23:04 PM] ketuketeh says: then run
[02:23:06 PM] ketuketeh says: http://download6.emsisoft.com/a2FreeSetup.exe
[02:23:19 PM] ketuketeh says: ni buang malware tu

Isnin, Januari 21, 2008

UK Requirement Hoax

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sempena musim bubur asyura ni dah ramai ke rakan taulan dan sanak saudara mengacau dan menjamah bubur asyura ni. Cadangnya nak buat jugak tahun ni tapi belum pasti lagi.

Ok, berbalik kepada kes UK Requirement Hoax ni, masih ada manusia yang percaya kepada benda-benda macam ni, siap forward lagi kat semua email dalam list dia yang ada tu. Saya pun terima hari ini. Dalam masyarakat serba maju dan berfikiran tinggi ni masih ada yang percaya kepada benda-benda macam ni,

Dalam email yang diforwardkan kepada saya ni, berdasarkan kepada signature tu ada yang kerja bank, creadit control dsb. Fikirlah wahai saudara adakah semudah itu seseorang manusia hendak berkongsikan kekayaannya.

Kandungan email:

Friends,

Please do not take this as a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune with all of us whether you believe this could be true or not. If you ignore this might really miss the once in a life-time golden apportunity to earn some pocket money by just forward this mail to whom anyone that you know. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test. When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (if you are a Microsoft Windows user) for a two week time period.

Rabu, Januari 09, 2008

Memasang Windows XP pada Toshiba Satellite L40

[See English Version]

Semakin banyak pengeluar komputer bertukar kepada Serial ATA sebagai bus kepada setoran massa mereka. Toshiba Satellite L40 telah menggunakan chipset daripada Intel iaitu "Intel(R) 82801HEM SATA RAID Controller".

Setelah mendapatkan pemacu (driver tersebut daripada internet, saya terus memasukkan kepada cakera liut (floppy disk). Lalu saya memulakan proses pemasangan Windows XP pada L40 tersebut. Kurang berjaya.

L40 tidak mempunyai floppy drive, jadi saya menggunakan USB Floppy Disk Drive.

Sebaik sahaja proses pemasangan dimulakan, saya terus tekan F6 untuk menyediakan driver kepada Windows, dan kemudian menekan 'S' lalu satu senarai pemacu diberikan.

Intel(R) ICH9 SATA AHCI Controller (Desktop/Server/Workstation)
Intel(R) 82801HEM SATA RAID Controller(Mobile ICH8M-E)
Intel(R) 82801HEM/HBM SATA AHCI Controller (Mobile ICH8M-E/M)
Intel(R) ICH8R/ICH9R SATA RAID Controller (Desktop/Server/Workstation)
Intel(R) 82801HR/HH/HO SATA AHCI Controller (Desktop/Server/Workstation)
Intel(R) 631xESB/632xESB SATA RAID Controller (Server/Workstation ESB2)
Intel(R) 631xESB/632xESB SATA AHCI Controller (Server/Workstation ESB2
Intel(R) 82801GHM SATA RAID Controller (Mobile ICH7MDH)
Intel(R) 82801GR/GH SATA RAID Controller (Desktop ICH7R/DH)
Intel(R) 82801GR/GH SATA AHCI Controller (Desktop ICH7R/DH)
Intel(R) 82801GBM SATA AHCI Controller (Mobile ICH7M/DH)
Intel(R) 82801FBM SATA AHCI Controller (Mobile ICH6M)

Saya memilih

Intel(R) 82801HEM/HBM SATA AHCI Controller (Mobile ICH8M-E/M)

dari senarai tersebut. Windows Setup dapat mengenal cakera HDD SATA dalam L40 tersebut, dan installasi dapat diteruskan. Tapi, timbul masalah seterusnya apabila installasi tersebut telah 'lupa' pada USB Floppy Disk yang telah ia kenal pada awalnya. Jadi, sebaik sahaja proses menyalin fail (file) dijalankan, installasi meminta disket Intel Matrix Storage Manager driver di masukkan ke dalam floppy A:, sedangkan floppy tersebut telah tersedia dalam drive itu.

Keputusannya, Installasi tidak dapat dijalankan ..... ish... Tak menjadi lah...

Nampaknya kena buat yang cara lain.... lalu menggunakan nLite untuk memasukkan driver Serial ATA tersebut ke dalam cd installasi windows. Kena buat cd lain la ni pulak. <

Jadi saya pun buatlah cd tersebut, langkah-langkahnya ialah;

  1. run nLite, keluar Welcome Screen, klik Next.
  2. Locating the Windows installation .. masukkan CD Windows Original anda, dan klik Browse
  3. Kemudian pilih lokasi di mana anda hendak letakkan installasi windows dalam harddisk anda sebelum ISO dibuat. Klik Next.
  4. Preset. padam preset kalau dah ada.. kemudian klik Next
  5. Task Selection, Klik pada Driver dan Bootable ISO sahaja, kemudian Next
  6. Drivers. klik Insert, Single Driver, keluar Choose any INF file..... pilihlah iastor.inf dari folder di mana anda extract driver intel matrix inf tersebut. Klik Open...
  7. Storage Device Textmode Driver, klik pada Textmode Driver dan dengan menekan CTRL klik pada semua list yang mempunyai perkataan 'mobile'. Ada 5 semuanya. klik OK
  8. kemudian klik Next
  9. Apply Changes? klik Yes. nLite akan menyediakan fail-fail untuk membuat bootable ISO Windows anda. bila siap, Klik Next.
  10. Bootable ISO, pada bahagian General, Mode, pilihlah mana-mana yang anda suka, sama ada nak buat CD terus atau nak buat ISO image. Saya cadangkan anda buat ISO dulu, banyak kelebihan buat ISO ini. *
  11. Dari ISO tersebut, buatlah CD anda... wallaaaaa ... siap dah.. gunakan CD ini untuk install L40 anda dengan WinXP..

Saya sedang memasang Windows XP Home Edition sekarang pada Tohisba Satellite L40 menggunakan CD yang dibuat menggunakan langkah-langkah di atas. PEMASANGAN BERJAYA. Seterusnya saya sedang meng'install' driver lain pulak.

* ada beberapa langkah saya tak cerita, tapi anda pasti ketemu jalan penyelesaiannya...

perlukah saya membuat screen shoot? anda tentukan...

good luck... semoga berjaya... success....

muatturun driver Serial ATA di sini

Khamis, Januari 03, 2008

Acer Magic Keyboard Model 6511-UV

Selamat Menyambut Tahun Baru 2008. Semoga bertambah ceria

Hari ini saya menerima satu keyboard USB Acer daripada seorang kawan yang menggunakan komputer Acer yang tidak saya ketahui model komputer tersebut. Tetapi, keyboard tersebut merupakan multimedia keyboard dengan penyambungan USB.

Setelah dibelek-belek keyboard tersebut, di belakang keyboard tertulis:

Model: 6511-UV
Extension: 4T.

Saya pun mencari driver kepada keyboard ini dengan menggagau dalam Google dengan keyword "Acer 6511-UV Driver", tapi hampa.

Kebanyakan hasil gagauan menjurus kepada URL ini

http://www.acer.com.hk/download/cpc/keyboard/kb-usb.zip

tetapi ralat 404 diterima. Setelah dicari lagi maklumat, keyboard ini telah dipakejkan dengan sistem komputer meja Acer Veriton 5100 dan lain-lain model. Jadi, saya pun download lah driver tersebut daripada website Acer di URL

http://www.acerpanam.com/flex/acerdrivers/bin/drivers.html

pilih Desktop -> Acer Veriton 5100 --> WayTech Magic Keyboard Driver

Driver ini adalah untuk Windows 98, ME, Win2k. Tetapi, saya telah menggunakan pada sistem WinXP SP2 dengan jayanya.

Jika bermasalah untuk mendapatkan driver tersebut dari website Acer itu, tinggalkan ulasan anda di bawah ini beserta email anda. Saya akan cuba membantu.



Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...