Isnin, November 12, 2012

Apakah itu Hacking

Perkataan 'hacking' atau penggodaman mempunyai beberapa maksud, tetapi dalam konteks ICT, ia membawa maksud memecah masuk ke sistem komputer.

Siapakah penggodam?

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).

Mengapa penggodam melakukan penggodaman?

Penggodam mungkin memecah masuk ke dalam sistem disebabkan rasa ingin tahu atau untuk menguji sejauh mana keupayaan mereka dapat mengatasi sesuatu pertahanan sistem. Tetapi, kebanyakannya mereka menceroboh untuk mengakses data yang mempunyai nilai.

Sebagai contoh, jika seorang hacker memasuki komputer anda dan mencuri maklumat kewangan seperti nombor kad kredit anda, atau kata laluan untuk akaun bank anda, mereka boleh menggunakan maklumat tersebut untuk membuat pembelian.

Jika banyak maklumat tentang anda dicuri, penggodam boleh menggunakan ini untuk menyamar sebagai anda secara on-line. Mereka mungkin memohon untuk kad kredit baru, mengambil pinjaman bank, membeli kereta, dan lain-lain. Semuanya di atas nama anda. Ini dikenali sebagai kecurian identiti.

Adakah komputer boleh dilindungi dari Hacking?

Sama seperti di dunia sebenar, tidak ada cara yang terjamin untuk menghentikan seseorang menceroboh ke dalam sebuah bangunan (anda boleh membuatkan ia sangat sukar, tetapi setiap sistem keselamatan mempunyai kelemahan),Walau bagaimanapun, anda boleh membuat ia cukup sukar supaya penggodam bergerak dan beralih ke sasaran yang lebih mudah.

Anda harus:
  • Gunakan kata laluan yang kukuh untuk melindungi akaun log masuk pengguna anda
  • Jangan sekali-kali mendedahkan password login anda kepada sesiapa
  • Letakkan firewall antara komputer anda dan mana-mana rangkaian
  • Putuskan sambungan daripada rangkaian apabila anda tidak menggunakan mereka
  • Encrypt sebarang maklumat sensitif (just in case they get in)

=> cari saya di +Ketu Keteh 

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...