Ahad, April 10, 2011

Cara Untuk Tukar Format JPEG kepada PDF

(Tutorial ini berasaskan kepada Ubuntu Linux 10.10)

Untuk membolehkan anda menukar format JPEG kepada PDF anda memerlukan aplikasi Image Magick. Jika anda belum pasang lagi Image Magick, jalankan arahan berikut dalam Terminal;

$ sudo apt-get install imagemagick

Setelah proses pemasangan telah selesai, jalankan arahan-arahan di bawah untuk menukarkan format JPEG kepada PDF.



$ convert nama-fail-jpg-anda.jpg nama-fail-pdf-baru.pdf

Jika fail PDF anda bersaiz terlalu besar, anda boleh gunakan arahan berikut untuk memampatkan fail tersebut semasa prosese penukaran.

$ convert -compress jpeg nama-fail-jpg-anda.jpg nama-fail-pdf-baru.pdf

Mudah sahaja caranya, kan?

Arahan convert ini mempunyai pelbagai pilihan lain selain daripada compress, tetapi kita tidak begitu perlukan kepada pilihan-pilihan lain untuk tukar format JPEG kepada PDF.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...