Jika pendrive anda kehilangan file/folder dan digantikan dengan shortcut, itu merupakan kerja spyware/malware.
Semua atau kebanyakan attribut file/folder telah disetkan sebagai Super Hidden yang menyebabkan anda tidak dapat menghilangkan status Hidden secara biasa.
Di sini saya huraikan kaedah untuk mendapatkan kembali file/folder anda.
Tool/Utility diperlukan:
1. Sebarang Perisian Anti-Virus
2. Attribute Changer (ac.exe)
Langkah-Langkah
1. Imbas Pendrive anda
Imbas pendrive (atau apa media) dengan perisian anti-virus anda. Setelah AV anda siap mengimbas dan membersihkan pendrive tersebut. Cabut dan pasangkan kembali pendrive itu.
2. Muatturun dan install Attribute Changer.
Muatturn Attribute Changer dari sini
3. Buka (open) pendrive anda dan padam semua fail shortcut (.lnk)
4. Tekan Ctrl+A untuk highlight semua file dan folder dalam pendrive anda.
5. Right-Click atas mana file atau folder yang telah dipilih dalam langkah 4
6. Pilih menu 'Attribute Changer..." pada context menu yang dipaparkan
7. Pada tab Folder Properties, buang tanda pada semua pilihan, system, hidden, archive dll. dan dibahagian bawah sikit sebelum butang ok, tandakan pada recurse folder.. (bermaksud semua folder dalam folder ini)
8. klik pada tab File Properties, pun buang semua tanda seperti dalam 7 di atas. begitu juga tandakan pada recurse folder.
9. Klik pada ok, dan semua fail anda akan diproses.
Untuk melihat proses yang sedang berjalan.. klik pada tab Reporting dan klik pada More..
itu sahaja... semoga membantu..
0 komen:
Catat Ulasan