Selasa, Ogos 11, 2009

Utiliti Pilihan Saya

Salam semua, lama dah (hampir setahun) tidak berkesempatan untuk menulis dalam blog ini. Hari ini tergerak untuk mencatat sedikit mengenai program atau aplikasi utiliti yang saya gunakan.

  1. Defragmentation

    Setelah agak lama menggunakannya, saya berpuashati dengan hasilnya, jadi ingin berkongsi dengan anda semua. Utiliti tersebut ialah JkDefrag. JkDefrag telah ditulis oleh Jeroen Kessels. Ia dikeluarkan di bawah lesen GNU, yang mana memberikan kita kebebasan untuk menggunakan dengan percuma. JkDefrag dikeluarkan sehingga versi 3.36 dan kemudian ditukarkan kepada MyDefrag bermula versi 4.0

    Untuk maklumat lanjut sila lawati http://kessels.bz/jkdefrag
  2. Virus dan Spyware

    Jika OS anda telah dijangkiti virus dan spyware dan sukar diubati, cuba gunakan ComboFix, sila gunakan dengan berhati-hati. Baca arahan daripada ComboFix dengan betul.

    Sila lawat http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...