Jumaat, Oktober 24, 2008

bad_pool_caller

Assalamualaikum.. wbt.

Kelmarin, terima satu notebook HP Compaq Presario V3700 dari seorang pelanggan dengan masalah bad_pool_caller semasa boot up windows (BSOD Error). Jadi hari ni, sedang berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.



Idea masalah yang wujud.

  1. Masalah virus
    Nampak macam wujud trace semasa boot up guna UBCD (Ultimate Boot CD) For Windows.
  2. Masalah Driver
    Cuba menyemak masalah driver tapi masih tidak ditemui.
  3. Masalah Memori
    Telah jalankan Memtest86 dan Windows Memory Diagnostic, tetapi tidak terdapat sebarang masalah pada memory.
  4. Masalah fail sistem yang korup.
    Belum test lagi.

Isnin, Oktober 13, 2008

Ricoh Caplio RR211 Digital Camera Driver


Dah lama saya memiliki kamera Ricoh Caplio RR211 ni. Kualiti gambarnya agak baik pada kadar resolusi 2Meg. Ia jug boleh menjadi webcam.

Spesifikasi Penuh sila lawat: http://www.ricoh.com/r_dc/caplio/rr211/

Namun ia sedikit mengecewakan kerana saya sukar mendapatkan driver daripada website Ricoh, jadi setalah berjaya memiliki driver tersebut, saya pun upload ke DriverGuide.Com. Untuk mendapatkan driver ini sila klik Ricoh Caplio RR 211 Driver

Kebersihan Registry

Keadaan registry yang sihat penting untuk prestasi komputer anda. Saya gunakan CCleaner (percuma) untuk menjamin kebersihan registry komputer saya.

download di sini http://www.filehippo.com/download_ccleaner/

Jumaat, Oktober 10, 2008

Dengar Azan Masuk Waktu Solat

Dengar Azan setiap kali masuk waktu solat di kawasan anda. Program Athan dari IslamicFinder.org ini mempunyai pengkalan data yang besar meliputi hampir semua lokasi di muka bumi ini.

Spesifikasi:
1. Waktu solat lebih daripada 6 juta bandar.
2. Memperdengarkan azan setiap kali masuk waktu solat dengan tepat.
3. Arah kiblat.
4. Kalendar Hijrah dan lain-lain.

Versi penuh mempunyai ciri2 yang lebih baik. untuk maklumat lanjut klik link di bawah:

http://www.islamicfinder.org/athanDownload.php
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...