Jumaat, Oktober 24, 2008

bad_pool_caller

Assalamualaikum.. wbt.

Kelmarin, terima satu notebook HP Compaq Presario V3700 dari seorang pelanggan dengan masalah bad_pool_caller semasa boot up windows (BSOD Error). Jadi hari ni, sedang berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.



Idea masalah yang wujud.

  1. Masalah virus
    Nampak macam wujud trace semasa boot up guna UBCD (Ultimate Boot CD) For Windows.
  2. Masalah Driver
    Cuba menyemak masalah driver tapi masih tidak ditemui.
  3. Masalah Memori
    Telah jalankan Memtest86 dan Windows Memory Diagnostic, tetapi tidak terdapat sebarang masalah pada memory.
  4. Masalah fail sistem yang korup.
    Belum test lagi.



Buat masa ni, masih lagi mencari kemungkinan yang ada.
Sekarang ni, pukul 2.20pm, masih lagi dalam pengujian memori sistem dengan menggunakan Windows Memory Diagnostic. Nak tunggu pass kedua selesai. Lepas tu baru nak cuba pula file system check. System Memory nampaknya takde masalah. So, I proceed to check other hardware, pun tiada masalah dapat dikesan.

Akhir sekali, setelah memakan banyak masa, aku mengambil keputusan untuk menghapuskan partition windows tu. Setelah buang partition dan install semula WinXP (slipstream with SP3 and ICH6/7/8 famili SATA driver), installation dapat dijalankan dengan jayanya. Jadi aku berpendapat bahawa telah berlaku semacam satu perubahan dalam partition Windows tadi yang tidak dapat diselesaikan dengan apa2 utiliti sistem file. So, backup, format and reinstall is my last cara.

ps: kalau ada sesiapa yang tahu nak solve this prob tanpa format, pls post a link here.


Terima kasih.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...