Isnin, Ogos 20, 2007

Masalah Driver Windows XP pada Acer Aspire 4520

[See English Version]

Notebook Acer Aspire 4520
dikeluarkan dengan hanya menyediakan driver yang serasi Windows Vista sahaja. Ini telah menimbulkan sedikit masalah kepada pengguna yang ingin kekal dengan Microsoft Windows XP. Apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan driver yang yang berkaitan di internet. Di sini saya senaraikan tiga driver yang perlu anda dapatkan untuk menyelesaikan masalah ini.
  1. nForce 630a Chipset driver - 14.10_nforce_630a_winxp_english_whql.exe
  2. nVidia 7000m Display driver - Forceware_165.01_XP_English.exe
  3. Atheros Wireless driver - xp32-5.3.0.56-whql.zip dapatkan di sini (4shared.com) atau di sini (filecrunch.com)

Setelah anda install kesemua driver, mungkin masih terdapat Unknown device dalam Hardware Manager. Unknown device itu adalah komponen infra merah. Anda boleh menyelesaikan masalah itu dengan Update Driver, dan biarkan Windows XP mencari dalam internet dengan sendiri.

Untuk mengemaskini driver melalui internet, anda hendaklah menggunakan:-

  1. Microsoft Windows XP dengan lesen yang sah (pirated copy tak boleh update)
  2. Windows XP telah dipasang dengan SP2
  3. Capaian Internet (semestinya la kawan)
Informasi mengenai Acer Aspire 4520, klik di sini

Sabtu, Ogos 04, 2007

Memapar hidden files dan system files

Cara memaparkan fail-fail dan folder tersembunyi serta fail-fail dan folder sistem

  1. mula-mula buka My Computer
  2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
  3. kemudian klik pada tab View dan
  4. Pilih Show hidden files and folders
  5. Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
  6. Klik Ok

Jika usaha anda ini tidak berjaya, sila lihat penyelesaian ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...