Trojan dan Malware semakin canggih selari dengan perubahan teknologi komputer. Untuk mengelakkan trojan atau malware itu dihapuskan dengan mudah, perekanya telah menggodam registry supaya beberapa perkara tidak dapat diakses umpama telah dinyah-aktif kan oleh pentadbir seperti yang dipaparkan di bawah.
"Registry editing has been disable by your administrator"
Hal yang biasa dinyah-aktif adalah Command Prompt (CMD), Task Manager, Folder Options dan Registry Editor. Untuk mengaktifkan kembali, muatturun fail ini, repair4karo.inf. Kemudian right click pada fail tersebut dan klik install. Sebaiknya anda restart komputer anda.
Mungkin, Folder options dinyah-aktif, dan juga mungkin tidak, tetapi, option "Show hidden files and folders" tidak dapat dipilih. Kalau dicuba juga, masih tidak berjaya dan ia kembali kepada "Do not show hidden files and folders"
Untuk memastikan anda boleh setkan kepada "Show hidden files and folders", anda boleh;
- Format semula cakera anda.
Setuju? Naaaah.. saya tidak setuju...
tapi amat berkesan menghapuskan segala macam virus, trojan, spyware.. dll. TERMASUKLAH semua kerja-kerja anda.. "backup" pun boleh... virus ikut serta... alah.. boleh lah juga format.. no big deal... buat balik semuanya.. kan kan kan... saya tak suka choice ini. - Lakukan ini.
Segala setting "Hidden files and folders" ni duduk kat dalam Advanced key bawah Explorer iaitu di
\HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced
dan di
\HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced,
eksport kedua dua key ini daripada komputer Windows XP yang ok kedalam fail dan kemudian import ke dalam registry winxp anda. mudah... dah jadi....
Ingat, masa import jangan guna right click ->Merge, atau double-click, kerana nanti maybe ada masalah registry nak locate file tu. Cara terbaik ialah dengan run dulu regedit dan drag file tu ke dalam window regedit.
Kalau anda tidak mempunyai komputer WinXP berdekatan, bolehlah muatturun fail ini, hklm.reg dan ini, hkcu.reg
Selamat berjaya.
1 komen:
thanks bgt ya.. Komputer gw selamat!
Catat Ulasan