Khamis, Januari 31, 2008

Pemgimbas Mustek 1200 UB Plus

Salam...

Petang semalam (29/01/2008), seorang rakan datang meminta bantuan untuk memasang driver scanner pada komputernya. Yang dibawanya hanyalah scanner dan komputernya sahaja tanpa CD drivernya.

Jadi terpaksalah mencari drivernya dari internet, http://www.mustek.com/ lah yang dituju. Lambat betul server Mustek tu. berjanggut tunggu nak download. Filenya ialah 1200ubplusv12.exe bersaiz 9.55 MB atau 10,022,547 bait. Apalagi dapat je file tu, terus install. Kemudian kena restart la PC ni. Semuanya nampak elok, driver masuk elok, ikon pada tray pun nampak elok, alih-alih nak guna tak dapat. Shutdown, masuk tidur.

bling.. bling... huaaahhhh

Hari ni cuba lagi... uninstall, install balik, tak jadi.. pat belas kali reinstall, alih-alih masa nak guna scanner tu keluar error file not found.. DLL file. Lalu kembalilah aku ke website mustek tu.. baca2 dan rupanya kena download lagi file lain, file tu ada kat bawah yang aku bagi namanya kat atas tu. Download lambat lagi.. ish... file kedua ni namanya up_libv13.exe bersaiz 5.49 MB (5,765,364 bait) Install, restart, try, berjaya !!!!

Problem macam ni timbul bila malas nak baca arahan, padahal mustek dah bagi warning, kalau tak install dua2nya, pasti tak jadi. Siapa salah, aku jugak. Penat ooo, pasal pc tu slow sangat,

  • Celeron PPGA 400MHz
  • PcChips Mainboard M748LRMT Built-In Sound / Video with max 8 MB Shared RAM
  • 256MB SDRAM PC133 (down to 66MHz only)
  • Windows XP Pro pulak tu.

bye.

p/s: kalau nak file tu.. post le kat komen, nanti aku upload kat 4shared.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...