Selasa, April 12, 2011

Pelayan LAMP dalam Ubuntu

(Tutorial ini diasaskan pada Ubuntu Linux 10.10)

Sejak melihat 'org rumah' bersusah payah menjual baju secara 'drop shipping' dalam Facebook, tergerak hati nak membantu (cheewah!). Jadi terlintas untuk 'setup' pelayan sesawang dalam pc linux saya ini. Setelah mencari sedikit sebanyak, terjumpa caranya untuk membuatnya.

Memasang LAMP pada Ubuntu Linux

LAMP adalah singkatan kepada Linux, Apache, MySQL dan PHP. Gabungan empat perkara ini mewujudkan pelayan sesawang yang stabil dan pantas serta PERCUMA.

Cara paling mudah untuk memasang pelayan LAMP ialah dengan menggunakan arahan tasksel dalam Terminal.

$ sudo tasksel

Sekiranya dipaparkan kepada anda menyatakan tiada arahan tersebut, Linux anda belum lagi mempunyai tasksel. Sila pasang tasksel terlebih dahulu dengan menggunakan arahan berikut;


$ sudo apt-get install tasksel

Okay, setelah pasang tasksel, jalankan kembali arahan;

$ sudo tasksel

Pilih [ ] LAMP Server, dengan menandakan * dalam petak [ ] dengan cara menekan Spacebar. Kemudian tekan Tab, dan Enter.

Semasa pemasangan LAMP Server, anda akan ditanya kata laluan bagi pengguna 'root' dalam MySQL. Tunggu sehingga selesai pemasangan dan tasksel akan kembali ke command prompt.

Keluarlah dari Terminal, dan bukalah pelayar sesawang untuk melihat samada pemasangan anda berjaya atau tidak dengan menaip alamat URL seperti berikut;

http://no-ip-komputer-anda

nanti anda akan dipaparkan dengan teks "It Works" sekiranya pemasangan LAMP anda berjaya.

Tahniah.. lagi satu langkah memasuki alam Linux sepenuhnya.

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...