(Tutorial ini berasaskan kepada Ubuntu Linux 10.10)
Untuk memdapatkan senarai aplikasi yang telah dipasang pada Ubuntu Linux anda, sila gunakan Terminal untuk menaip arahan di bawah;
$ dpkg -l
Arahan di atas akan menyenaraikan semua pakej yang telah dipasang pada sistem anda. Senarai ini agak panjang menyebabkan sukar untuk anda meneliti senarai tersebut. Anda boleh arahkan supaya senarai tersebut ditulis ke dalam fail teks. dengan cara seperti berikut:
$ dpkg -l >senarai_pakej.txt
Untuk melihat isi kandungan fail senarai_pakej.txt anda boleh gunakan penyunting teks seperti gedit,
$ gedit senarai_pakej.txt
Atau jika anda mengetahui pakej yang anda hendak kesan kewujudannya dalam sistem anda, taip arahan berikut,
$ dpkg -l | grep "nama pakej"
eg.
$ dpkg -l | grep "gedit"
Nota: Arahan grep akan memaparkan baris dimana perkataan "gedit" wujud
atau
$ dpkg -l "gedit"
Anda juga boleh gunakan simbol "wildcard" untuk mencari pakej anda.
$ dpkg -l "gedit*"
Sekian.
0 komen:
Catat Ulasan