Selasa, September 25, 2007

Ganguan Virus Melalui Autorun.inf

Semalam ada seorang rakan datang ke rumah saya dengan muka tak berapa ceria kerana takleh print gambar-gambar tapak projek binaan dalam pendrivenya. Dia kata pendrive beliau tidak boleh nak dibuka (browse). Ceritanya pendrive tu telah digunakan di PC kat pejabat pihak berkenaan dengan projek dia tu, PC tu ada virus la pulak.

So, baliklah beliau ke rumahnya terus perisian antivirusnya 'menangkap dan membunuh' fail-fail virus/trojan tersebut itu. Belaiu pun cubalah browse pendrive tersebut. Tapi timbullah beberapa ralat fail tak dijumpai, dan pendrive masih tak boleh diakses. Jadi, saya pasti bahawa hal ini berlaku kerana perisian anti virus tidak memadam fail autorun.inf yang mana digunakan oleh virus/trojan untuk merebak.


Cara Memadam Autorun.inf.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh lakukan begini,

Cara Pertama

  1. mula-mula buka My Computer
  2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
  3. kemudian klik pada tab View dan
    • Pilih Show hidden files and folders
    • Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
    • Klik Ok
  4. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
  5. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete
Itu saja. Tanggalkan pendrive anda dan pasang kembali. Walaaa.. dah okey.

Cara Kedua

Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini,

  1. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run...
    1. Klik START , Run...
    2. Isikan CMD dan tekan ENTER
  2. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
    1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu anda.
    2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
    3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
    4. Taip exit dan ENTER
  3. Tanggalkan pendrive anda seketika kemudian pasangkan kembali.

Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive anda, cuma anda kena restart komputer anda untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.

Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada
  • Folder options
  • Task Manager
  • Regedit
  • Command Line (CMD, Command.com)
Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.
Related to: Windows 95/98/ME/XP

Rabu, September 19, 2007

Daftar Blog Dengan Enjin Pencari

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Berpuasa

Hari ini ada kawan-kawan yang baru belajar mencatat dalam blog meminta bantuan saya untuk mengajar mereka mengenai cara bagaimana untuk menghantar blog-blog mereka supaya dimasukkan ke dalam pengkalan data enjin-injin pencari. Untuk mula-mula ini, saya akan menunjukkan cara menggunakan Google Add URL.

Saya akan menunjukkan secara langkah demi langkah dan juga siap dengan screenshot. Google Add URL ini hanyalah satu penyerahan yang ringkas.



Langkah Pertama

Taipkan pada Address: http://www.google.com/addurl/ dalam pelayaran anda samada Microsoft Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox atau lain-lain pelayar internet (internet browser) kegemaran anda. Jika anda belum lagi memasang FireFox, dan ingin mendapatkannya, sila klik pada pautan di sebelah kanan pada bahagian Alliance Network dan klik pada Firefox with Google Toolbar.

Laman ini akan dipaparkan di pelayar anda.

(klik imej untuk saiz penuh, dan tekan BACK untuk kembali)


Langkah Kedua

Isikan semua maklumat yang dipaparkan di dalam borang tersebut. Contohnya;



Seterusnya klik pada butang Add URL tu. Dah siap. Google akan menghantar Googlebotnya untuk merangkak (crawl) dalam blog anda dan mengindexkan blog anda.

URL (definisi URL) yang anda masukkan tidak semestinya Blog semata. Mungkin anda juga mempunyai tapak web sendiri yang lebih menyerlah atau lebih menarik, atau juga lebih hebat. Boleh juga. Jika belum mempunyai tapak web, Mercu Maya menyediakan webhosting dengan kadar yang menarik. Dapatkan tapak web dari MERCUMAYA.NET sekarang.


Gunakan perkataan atau keyword yang agak menonjol supaya laman anda sentiasa berada dalam ranking terbaik.



Page ini memberitahu kepada kita bahawa banyak lagi perkakasan yang boleh digunakan oleh Webmaster dalam mempertingkatkan lagi trafik ke tapak-tapak web. Google menyediakan Webmaster Tools untuk tujuan itu. Saya akan menerangkan mengenai Google Webmaster Tools dalam post yang akan datang.


Sekian.

Khamis, September 13, 2007

رمضان المببارك 1428

السلام عليكم

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1428 semoga mendapat keberkatan dan kemulian berterusan.


Ahad, September 09, 2007

Tip: Volume Control Jadi Kecil

Saya suka dengan tip-tip mudah dalam penggunaan komputer kerana walaupun tip-tip ini simple ia membantu memudahkan penggunaan komputer.

Biasanya kita dipaparkan dengan Volume Control yang bersaiz besar bila kita dwi-klik pada ikon pembesar suara di System Tray.
Macam ni kat bawah ni,


Klik imej untuk saiz penuh.

Jadi, kalau kad bunyi anda mempunyai banyak instrumen, pasti ada kawalan yang tidak dapat dipaparkan pada skrin anda. Jadi, untuk kecilkan paparannya jadi macam di bawah tu, senang saja, fokuskan tetikus anda pada Volume Control tu dan tekan:

CTRL + S

Jadilah volume anda seperti ini.



Nampak macam sama saja, tapi cuba besarkan imej ni, klik pada imej untuk lihat saiz sebenar. Untuk kembalikan Volume Control tersebut kepada saiz asal, juga tekan;

CTRL + S

Selamat Mencuba!

Task Manager Disable

Task Manager Windows XP tidak boleh dibuka.

[See English Version ]

Aktifkan Task Manager - Langkah demi Langkah


Untuk mengaktifkan kembali Task Manager, sila lakukan langkah-langkah ini.

Klik START -> RUN... Taip Regedit dan [ENTER], seperti dalam imej di Rajah 1.

Nota:
Semasa membaca blog ini untuk melihat paparan imej yang lebih jelas, sila dwi-klik pada imej tersebut dan klik butang BACK pada pelayar anda untuk kembali. Kekunci Pantas [BackSpace]




Rajah 1: Run...

Paparan program Regedit ditunjukkan seperti di Rajah 2 di bawah ini.


Rajah 2: Paparan program Regedit (Registry Editor)

1. Cari HKEY_CURRENT_USER dan dwi-klik padanya (Lihat Rajah 2 di atas)
2. Dwi-klik pada Software


Rajah 3: Software

3. Kemudian dwi-klik pada Microsoft (Rajah 4)


Rajah 4: Microsoft

4. Seterusnya dwi-klik pada Windows dan terus dwi-klik pada CurrentVersion (Rajah 5)


Rajah 5: Windows dan CurrentVersion

5. dwi-klik Policies, kemudian pada dwi-klik pada System (Rajah 6)


Rajah 6: Policies dan System

Perhatikan di pane sebelah kanan, anda dapat lihat DisableTaskMgr. Dwi-klik pada DisableTaskMgr akan menghasilkan paparan seperti dalam Rajah 7


Rajah 7: Nilai DWORD DisableTaskMgr

Gantikan Value Data 1 kepada 0, dan klik OK


Penerangan Value Data bagi kekunci registry ini
Value Data 1 = Enable key = DISABLE Task Manager
Value Data 0 = Disable Key = ENABLE Task Manager


Task Manager anda sedia digunakan semula.

Inilah wajah Windows Task Manager,


Semoga penerangan ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan dan membantu anda menyelesaikan masalah. Sekian.

Nota:
Registry adalah rekod-rekod penting dalam semua perlakuan Windows anda. Ubahlah dengan berhati-hati. Sebarang kesilapan mungkin menyebabkan Windows anda tidak dapat digunakan lagi, dah lebih parah, mungkin menyebabkan kehilangan data.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...