Salam dan Selamat Berpuasa..
PC/Mobile PC memerlukan peredaran udara yang baik untuk beroperasi dengan prestasi yang optimum. Setiap komponen yang memerlukan kepada penyejukan atau perendaman haba hendaklah diberi perhatian serius. Cuba lihat foto di bawah itu. Pengadu mengatakan pc tersebut sejak akhir-akhir ini kerap 'hang' dan meminta saya membuat pembaikan. "Hanging" -- pertama sekali yang akan saya lihat ialah pengumpulan habuk pada komponen-komponen penting komputer.
|
Perhatikan slot kad memori penuh debu |
|
Tengok bawah kipas tu |
|
Bila dah tanggalkan kipas, heatsink memang dah terhalang dengan debu |
Semua habuk-habuk perlu dibersihkan segera, supaya peredaran udara lancar dan dapat mencapai komponen yang perlu disejukkan. Bersihkanlah sebaik mungkin dan BERHATI-HATI.
|
Habuk dan debu telah dibersihkan daripada slot kad memori |
|
Heatsink setelah dibersihkan |
|
Kipas dilekatkan kembali kepada heatsink |
Setelah siap dibersihkan, sistem diuji dan berjalan dengan lancar. Lupa pulak nak measure suhu sebelum dan selepas. Projek lain kali pulak lah.
0 komen:
Catat Ulasan